Mohd Zaki bersama pegawai kanan merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang peringkat JPJ Kuala Lumpur. FOTO ihsan JPJ
Mohd Zaki bersama pegawai kanan merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang peringkat JPJ Kuala Lumpur. FOTO ihsan JPJ
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan diskaun saman sebanyak 70 peratus sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Penetapan tema Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Justeru itu, inisiatif diskaun pengurangan saman ini dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos lalu hingga 16 September nanti.

Tawaran sebanyak 70 peratus itu hanya bagi saman JPJ yang boleh kompaun sahaja dan kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan adalah dikecualikan daripada mendapat pengurangan diskaun.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail menasihatkan orang awam untuk hadir awal bagi mengelakkan pembayaran pada saat akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 7:54 PM