Mohd Shuhaily ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini.  FOTO MIKAIL ONG
Mohd Shuhaily ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini. FOTO MIKAIL ONG
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Kertas siasatan berhubung insiden pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di kawasan Pangsapuri Taman Pelangi, Juru, sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu sudah diserah kepada DPP dan pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya.

"Setakat ini, seramai 84 individu sudah ditahan bagi membantu kes berkenaan yang mana 83 daripadanya adalah warga asing dan seorang warga tempatan.

"Kesemuanya sudah dibebaskan dengan jaminan dan kita masih menunggu arahan lanjut daripada pihak DPP," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan seramai 84 individu ditahan 22 Julai lalu bagi membantu siasatan kes langgar prosedur operasi standard (SOP) mendirikan solat sunat Aidiladha di kawasan pangsapuri Taman Pelangi, Juru dan kejadian itu turut tular menerusi video berdurasi 22 saat.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 5:57 PM