DATUK Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. FOTO arkib NSTP
DATUK Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi inisiatif Tabung Musa'adah Palestin yang diwujudkan sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang dizalimi Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, satu mesyuarat secara maya akan diadakan pada petang ini bersama NGO terbabit mengenai kutipan Tabung Musa'adah itu dan menentukan jumlah sumbangan dana sebelum diserahkan kepada wakil Kedutaan Palestin.

"Sumbangan adalah untuk mereka yang berhak dalam kalangan penduduk Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat," katanya pada sesi webinar Bersamamu Palestin (Bicara Konflik Israel-Palestin) bertajuk Palestin Bumi Diberkati menerusi Facebook Jakim hari ini.

Menyifatkan kezaliman Israel terhadap Palestin sebagai membabitkan isu kemanusiaan, Zulkifli menyeru rakyat di negara ini agar terus menyalurkan sumbangan sebagai usaha membantu rakyat yang tertindas di negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 1:51 PM