Ramai mengambil peluang untuk bercuti dalam negara setelah beberapa bulan disekat ‘pergerakan’ akibat penularan Covid-19 - Foto Skyscanner Malaysia
Ramai mengambil peluang untuk bercuti dalam negara setelah beberapa bulan disekat ‘pergerakan’ akibat penularan Covid-19 - Foto Skyscanner Malaysia
Mohammad Asyraf Khalib

SETELAH 'berkurung' di rumah sepanjang tempoh kuarantin, kini tiba masa untuk makan angin di tanah air sendiri. Namun, ada juga yang agak keberatan untuk keluar bercuti dengan alasan ingin berjimat atau takut terlebih belanja. 

Sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak cara untuk nikmati lebih penjimatan sepanjang percutian seperti merancang perjalanan dan memanfaatkan tawaran ekstra jimat di Shell seperti dibawah:

(i) Sepanjang percutian, usah bimbang mengenai kos minyak kenderaan kerana anda boleh berjimat dengan FAVE sempena kempen. Hanya beli RM30 baucar minyak Shell melalui FAVE dan nikmati 3% pulangan e-tunai melalui FAVE dengan kod promo ECBSHELL. Masukkan kod promo ECBSHELL sewaktu daftar keluar, selepas anda membuat pembelian, sehingga 30 September 2020!*.

(ii) Bagi memastikan perjalanan sentiasa lancar, anda  boleh tambah nilai Touch n' Go di mana-mana stesen Shell sepanjang lebuh raya kerana tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

(iii) Untuk pemegang kad kredit Ambank pula, jangan lepaskan peluang berbelanja di Shell dalam tempoh dua bulan sehingga 15 November 2020 kerana anda boleh dapat baucar bahan api bernilai RM30 untuk RM380*.

Dengan memanfaatkan segala tawaran yang ada, percutian pasca pandemik ini bakal menjanjikan pengalaman ekstra seronok untuk seisi sekeluarga. Berikut terdapat beberapa pilihan destinasi percutian di Semenanjung yang boleh anda kunjungi.

1. Kuala Lumpur - Bukit Tinggi - Raub

Pilihan destinasi percutian pertama bermula dari Kuala Lumpur, seterusnya melalui Lebuhraya Pantai Timur dan merentasi Banjaran Titiwangsa untuk ke Bukit Tinggi. 

Di sini, terdapat pusat peranginan yang terkenal dengan replika kampung Perancis Colmar Tropicale, seperti di wilayah Alsace dan juga rumah teh tradisional Jepun dilengkapi dengan taman zen dan kolam ikan koi.

Image

Keesokan pagi, ambil jalan lama turun ke Bentong dan singgah di Pasar Besar untuk melihat pelbagai hasil segar yang dijual termasuk Halia Bentong, antara halia paling berkhasiat di negara ini. 

Setelah itu, bawa seisi keluarga beriadah di Air Terjun Chamang dan segarkan diri berendam dalam air gunung yang sejuk dan nyaman.

Image

Teruskan perjalanan utara ke Raub untuk mencari 'raja buah' iaitu durian! Raub sangat terkenal dengan Durian Musang King yang mempunyai isi lebih tebal dan rasanya lemak pahit. Selepas makan durian, badan mungkin terasa sedikit hangat. 

Jadi, singgah sebentar di stesen Shell berhampiran dan berbelanja minimum RM40 menggunakan BonusLink untuk menikmati aiskrim Cornetto atau satu pek MILO® UHT 200ML secara percuma. Promosi ini berlangsung sehingga 27 September 2020, selagi stok masih ada*.

2. Kuantan – Kuala Terengganu – Pulau Redang

Bagi yang bercadang untuk mengembara di sebelah Pantai Timur pula, sebaiknya mulakan perjalanan di sekitar bandar Kuantan.

Di sana, anda boleh mencuba hidangan tradisi dan moden seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak di Akob Patin House dan Mango Cheesecake di Kulacakes. 

Image

Bila perut sudah kenyang, jangan lepaskan peluang untuk luangkan masa bermandi pantai di Teluk Chempedak!

Dari Kuantan, ambil jalan yang hampir dengan persisiran pantai kerana anda boleh mengamati kehidupan masyarakat yang tinggal di tepi laut. 

Singgah pekan kecil yang mempunyai keistimewaan tersendiri seperti Chukai yang terkenal dengan otak-otak dan satar, Kijal yang dibarisi dengan gerai lemang dan Marang yang menjadi persinggahan wajib untuk keropok lekor dan keropok keping.

Image

Setibanya di Kuala Terengganu, beli belah sepuas hati di Pasar Payang yang dipenuhi deretan kedai menjual batik dan songket buatan tangan. 

Selepas itu, lawati Taman Tamadun Islam yang terkenal dengan replika masjid dari serata dunia seperti Masjid Al-Aqsa, Masjid Samarra dan Masjid Suleymaniye.

Akhiri pengembaraan 250 kilometer ini dengan beraksi menyelam skuba bersama ikan yu dan kura-kura di Redang Island Resort, Pulau Redang!

3. Kuala Perlis – Alor Setar – Lembah Bujang

Jika anda ingin bersiar-siar di negeri utara, laluan ini akan menunjukkan betapa cantiknya negeri Jelapang Padi. 

Sebelum memandu jauh, alas perut dahulu dengan semangkuk Laksa Perlis, hidangan unik menggunakan laksa beras yang cukup enak dimakan dengan petis udang.

Selesai menjamu selera, barulah memandu menerusi jalan pantai untuk ke Kuala Kedah. Sepanjang 50 kilometer anda pasti terpukau dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang di sebelah kiri, manakala Laut Andaman berwarna biru di sebelah kanan.

Image

Bila tiba di Kuala Kedah, jenguk sebentar Kota Kuala Kedah yang dibina pada tahun 1780 sebagai kubu pertahanan untuk menghalang serangan musuh. 

Setelah itu, jangan lupa melawat dataran yang dikelilingi bangunan-bangunan warisan yang mempunyai seni bina tersendiri seperti Masjid Zahir, Muzium Diraja, Balai Seni Negeri dan Balai Nobat.

Image

Teruskan perjalanan ke selatan dengan memandu ke arah Merbok untuk melihat monumen tinggalan bersejarah, antara tamadun tertua di Asia Tenggara. 

Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai, mempunyai tapak bekas candi Hindu-Buddha dan muzium yang mempamerkan pelbagai arca dan patung yang dipengaruhi seni Thailand atau Kemboja!

4. Ipoh – Kuala Kangsar – Taiping

Mulakan jejak warisan Perak di Ipoh dengan bergambar di Stesen Keretapi Ipoh yang tampak seakan-akan Taj Mahal mini. 

Kemudian, terokai pekan lama yang dipenuhi dengan kafe hipster, lorong seni dan muzium seperti Yasmin at Kong Heng dan Han Chin Pet Soo. 

Image

Selepas itu, jangan lupa pandu lalu di Funny Mountain untuk mencuba Tau Fu Fah dan susu soya!

Setelah itu, ambil jalan lama ke Kuala Kangsar, bandar diraja di mana Sultan Perak bersemayam. Bandar ini mempunyai banyak bangunan dengan seni bina Barat dan Timur seperti Malay College Kuala Kangsar serta Masjid Ubudiah. 

Image

Akhiri pengembaraan di Taiping, bandar warisan yang diselubungi kehijauan. Hirup aroma kopi di Aun Tong Coffee Mill sambil melihat biji kopi dipanggang dan dikisar. 

Menghidu bau aroma kopi pasti mengingatkan anda dengan santapan enak untuk minum petang. 

Sebagai pengembara yang bijak, jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai tawaran santapan lazat dan penyegar cita rasa di Shell SELECT sepanjang musim sehingga bulan Disember.

Antara yang menjadi rebutan, pastri lazat Durian D24 kombo dari deli2go hanya RM5.90 sehingga 11 Oktober 2020 dan jangan lupa beli bersama minuman kopi Costa*.

Selepas siap minum petang, ambil angin di Taman Tasik Taiping sama ada berjoging atau mengayuh bot. Tamatkan perjalanan ini dengan bermalam di Sentosa Villa berlatar belakangkan Bukit Larut.

5. Port Dickson – Melaka – Muar

Rehat dan santai di Port Dickson, pantai peranginan yang mempunyai resort unik seperti Avilion dan Lexis Hibiscus. 

Maksimakan masa bersantai anda di chalet terapung dilengkapi dengan kolam renang infiniti sendiri. 

Hanya keluar dari hotel anda bagi berpesta makanan laut seperti ketam telur masin, siakap stim Nyonya dan udang butter!

Image

Keesokan harinya, sambung pengembaraan dengan mengambil laluan jalan pantai untuk ke Melaka. Habiskan beberapa hari di bandaraya bersejarah ini dengan melawat bekas monumen seperti Kota A'Famosa, Stadthuys dan replika Istana Kesultanan Melaka. 

Melaka juga syurga makanan yang menghidangkan masakan Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan asam pedas yang sinonim dengan negeri ini.

Image

Jika ada masa, teruskan perjalanan ke satu lagi bandar bersejarah iaitu Muar. Terletak di utara Johor, Muar adalah bandar diraja yang mempunyai dua masjid iaitu Masjid Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Ismail yang terletak di kedua-dua belah Sungai Muar, seolah-olah seperti cermin. 

Makanan di Muar juga lain dari yang lain seperti mi bandung, murtabak Singapura dan sate yang dimakan sebagai sarapan waktu pagi!

Tips lagi ekstra untuk pengembara!

Image

Pengembara yang bijak harus merancang percutian dengan sempurna. Ini untuk memastikan segalanya lancar, selamat dan ekstra jimat seperti tawaran menarik daripada Shell khas untuk semua!

(a) Beli Shell Helix Power 4L atau Shell Helix Ultra 4L untuk mendapatkan model kereta Ferrari 458 Special Red 1/18 edisi terhad berserta sarung akrilik dengan harga hanya RM99. Tempoh Promosi sah sehingga 31 Oktober 2020.

(b) Isi minyak di Shell kerana bahan api Shell dilengkapi dengan teknologi DYNAFLEX yang membantu menjaga kebersihan dan memberi perlindungan kepada enjin agar perjalanan anda lebih lancar setiap hari.  

(c) Berhenti rehat di mana-mana stesen Shell kerana segala kemudahan lengkap seperti tandas serta surau Shell sangat bersih dan disanitasi setiap jam untuk keselamatan dan keselesaan pengguna. 

(d) Anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan, kudapan ringan dan minuman di Shell SELECT.

(e) Tebus mata BonusLink dengan mudah dan senang menggunakan kad BonusLink atau muat turun aplikasi BonusLink di telefon pintar anda. Dengan hanya 100 mata BonusLink yang terkumpul, anda boleh menebus minyak atau barangan lain di Shell SELECT!*.

(f) Nikmati ekstra pulangan tunai RM2 dengan berbelanja di mana-mana stesen Shell menggunakan kredit e-dompet Touch n' Go E-penjana sehingga 30 September 2020*.

Tidak perlu lengahkan masa, rancanglah percutian anda sekarang kerana Shell sedia membantu untuk melancarkan perjalanan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan tawaran ekstra hebat di Shell, layari www.shell.com.my.

*Tertakluk pada terma dan syarat. Selagi stok masih ada.

Cadangan lokasi percutian oleh travelblog.expedia.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 11:25 AM