Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan, malah lebih menepati citarasa ahli keluarga
Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan, malah lebih menepati citarasa ahli keluarga
Noraniza Azmi

Bagai sudah menjadi tradisi, saban hari ada sahaja juadah istimewa berlainan jenis disajikan oleh si ibu untuk berbuka puasa.

Daripada menu utama sehinggalah ke pencuci mulut, selera setiap ahli keluarga dipenuhi dengan penuh kasih sayang.

Namun, kadang kala si ibu pening kepala juga memikirkan menu baru yang ingin dicuba.

Pada masa sama, mereka perlu juga bijak mengendalikan bajet keperluan dapur supaya tidak melebihi jumlah yang diperuntukkan setiap bulan.

Oleh itu, penulis ingin berkongsi tiga resipi juadah berbuka puasa yang boleh dicuba oleh suri rumah dan yang lebih menarik kosnya tidak melebihi RM25 untuk hidangan satu keluarga!

Resipi 1 : Ayam masak merah (Kos menu hanya sekitar RM20).

ImageAyam masak merah hidangan yang menjadi pilihan ketika berbuka puasa.

Bahan-bahan diperlukan:

1/2 ekor ayam
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau secukupnya
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris

Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara-cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga masak.

Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam, sos tomato, sos cili dan sedikit air.

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris dan masukkan ayam goreng. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang!

Resipi 2: Sup Sayur ( Kos menu hanya sekitar RM 10)

ImageMenu sup sayur pelengkap hidangan utama

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sedikit udang
Cendawan
Kobis
Lobak merah
Jagung muda
Serbuk pati ayam
Garam
Lada sulah
Daun sup
Bawang goreng

Bahan-bahan dicincang halus:
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-cara:

Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan yang telah dicincang halus.


Masukkan lobak merah, jagung muda dan kobis. Semasa menumis, anda boleh masukkan semua jenis sayur keras yang memerlukan lebih masa untuk lembut.


Tuang air secukupnya dan masukkan udang dan cendawan tiram.


Masak sehingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup dan


Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Sedia untuk dihidang.

Resipi 3: Kuih tepung pelita (Kos menu hanya sekitar RM10)

ImageKuih tepung pelita yang mudah dan lazat. Sesuai buat seisi keluarga

Bahan-bahan diperlukan ( bahagian bawah)

1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau

Cara-cara
Masak semua bahan di atas dan kacau sehingga pekat. Kemudian, letakkan dalam bekas yang dikehendaki.

Bahan-bahan (bahagian atas)

1 cawan santan
3 cawan air
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak semua bahan di atas dan kacau sehingga pekat. Kemudian, tuang perlahan-lahan ke atas bahan pertama yang di dalam bekas tadi.

Pastikan lapisan bahagian bawah sejuk sebelum meletakkan lapisan bahagian atas. Kukus selama 10 minit dan sedia untuk dihidang.

Bijak berbelanja dengan lebih penjimatan di Giant

ImagePromosi 'Lebih Kejutan, Lebih Jimat' ini akan berlangsung sehingga Jun.

Tidak perlu risau lagi dengan kos pembelian barang dapur ketika membeli di Giant kerana menerusi promosi 'Lebih Kejutan, Lebih Jimat' ini, anda boleh mendapatkan keperluan harian dengan harga yang lebih rendah.

Oleh itu, anda tidak akan mengeluarkan belanja besar untuk menghidangkan menu lazat buat keluarga tersayang pada bulan Ramadan ini.

Malah, anda juga boleh bereksperimen dengan menu baru! Sudah pasti, bahan yang diperlukan boleh didapati dengan mudah, murah dan segar setiap hari di Giant.

ImagePastikan anda sentiasa mengamalkan jarak sosial. FOTO: Aizuddin Saad

Selain itu, Giant juga pusat sehenti buat anda sekeluarga bukan sahaja untuk mendapatkan barang dapur malah pelbagai perkakas dapur, penjagaan kecantikan dan banyak lagi keperluan boleh didapati.

Dengan harga lebih rendah di Giant, anda boleh membuat perangkaan perbelanjaan keluarga yang lebih baik untuk meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Lebih Kejutan, Lebih Jimat', anda boleh layari laman sesawang Giant.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 11:11 AM