HALIM Ishak. FOTO arkib NSTP
HALIM Ishak. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjadi institusi yang telus dalam menjalankan tugas dan bebas daripada cengkaman politik.

Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Halim Ishak berkata, pendedahan Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam mengundangkan keresahan di kalangan rakyat ke atas organisasi PDRM.

"Pendedahan yang dibuat berhubung pelbagai isu yang mendatangkan kontroversi dan keresahan di kalangan rakyat.

"Saya merasa bimbang jika pendedahan yang dibuat itu akan di politikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka sekiranya segala dakwaan oleh tidak di susuli dengan laporan polis supaya dibuka kertas siasatan," katanya kepada Harian Metro.

Halim berkata, satu pasukan khas peru diwujudkan di peringkat Bukit Aman dengan peruntukan kuasa yang lebih mantap membabitkan SPRM supaya isu kartel PDRM yang memberikan impak negatif ke atas nama baik PDRM dapat di selesaikan segera.

"Apa juga reaksi rakyat di atas pendedahan berani oleh Ketua Polis Negara semalam, saya berharap rakyat akan terus memberikan kepercayaan dan kerjasama kepada semua warga polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga keamanan dan negara.

"Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Acryl Sani di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baru nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 3:08 PM