Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. FOTO BERNAMA
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin mahu mereka yang mempunyai maklumat individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu melaporkan terus kepada beliau.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau sudah memaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang pentingnya memastikan tidak berlaku "potong barisan".

"Saya pandang sangat serius isu 'queue jumper' ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham (Dr Noor Hisham) supaya tiada pemotongan 'queue'. 'Whistleblower' pemberi maklumat) boleh hantar e-mel secara 'anonymous' terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat," katanya dalam hantaran Twitter hari ini.

Menurut Khairy, pihaknya memantau komen-komen pengadu dalam media sosial berhubung mereka yang melangkau giliran.

"Saya segera kongsikan maklumat itu dengan Datuk Dr Chong DDG@KKMPutrajaya yang duduk bersama saya dalam pasukan petugas, untuk disiasat. Kami ambil serius setiap pendedahan yang dibuat. Vaksin itu adalah ekuiti penting," katanya.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan perbuatan langkau giliran mendapatkan vaksin dan mencadangkan Khairy menubuhkan saluran bebas untuk rakyat membuat aduan dan memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang memotong barisan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 8:08 PM