Sejumlah RM8,000 dibelanjakan untuk program sumbangan amal ini.
Sejumlah RM8,000 dibelanjakan untuk program sumbangan amal ini.
Oleh Wartawan Harian Metro

Petaling Jaya: Sempena perayaan Krismas, lebuh raya di bawah Gamuda bekerjasama menganjurkan program amal di Rumah Kanak-Kanak Impian, Conference of St. Ignatius di sini yang juga sebahagian program tanggungjawab korporat sosial (CSR) mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK dan SPRINT Sazally Saidi berkata, berikutan situasi pandemik semasa Covid-19 dan kekangan fizikal, keempat-empat syarikat konsesi lebuh itu bekerjasama menyumbangkan barangan keperluan termasuk barangan elektrik kepada rumah kebajikan berkenaan.

Menurutnya, rumah kebajikan itu turut menerima sumbangan wang untuk membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

" Kanak-kanak juga turut menerima wang dan beg cenderamata untuk meraikan Krismas tidak lama lagi.

" Rumah Kebajikan ini mempunyai 15 kanak-kanak berumur antara 4 sehingga 11 tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Sazally berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan rumah kebajikan itu dalam membantu dengan persiapan mereka.

" Selain itu, kami juga akan mengirimkan hiasan hiasan untuk membantu menghidupkan suasana Krismas, supaya anak-anak akan lebih bahagia semasa musim perayaan ini," katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Jabatan Komunikasi LITRAK dan SPRINT Shah Rizal Mohamed Fawzi, wakil KESAS Khairani Mohamed Salleh dan wakil Terowong SMART Farah Fadzlyn Abdul Rafick.

Sejumlah RM8,000 dibelanjakan untuk program sumbangan amal ini. Untuk sumbangan, orang ramai boleh menghubungi pejabat pentadbiran rumah tersebut (03 – 7804 3451) atau penjaga, Madam Gertrude (012 – 268 9656).).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 6:55 PM