DATUK Hasni Mohammad berucap pada pembentangan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. FOTO Ihsan PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
DATUK Hasni Mohammad berucap pada pembentangan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. FOTO Ihsan PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
Mohamed Farid Noh


Iskandar Puteri: Penjawat awam Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini, hari ini.

Bantuan Khas Kewangan itu akan dibayar sebelum akhir tahun 2020.

Hasni berkata, penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Johor turut menerima Bantuan Khas Kewangan berkenaan.

"Bantuan Khas Kewangan itu juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA,petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ), " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 12:43 PM