GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Mohamed Farid Noh


Iskandar Puteri: Kakitangan awam negeri dan penjawat awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, bantuan khas berkenaan juga akan dipanjangkan kepada semua guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

"Kerajaan negeri tidak melupakan jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran.

"Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 4:02 PM