GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diminta memantau operasi Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) bagi membendung penularan Covid-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia perlu bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi demi kebaikan dan keselamatan bersama termasuk pengunjung.

Katanya, pihaknya meminta Perhilitan untuk melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan jika SOP tidak dipatuhi.

"Besarlah harapannya agar semua pengunjung mengamalkan kawalan kendiri dan membudayakan kebiasaan baharu demi kebaikan semua pihak.

"Mari kita bersama menyekat penularan wabak Covid-19 di negara kita," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, 14 zoo dan 20 ZPT terjejas akibat kekurangan pelawat, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan ekoran penularan wabak berkenaansejak Mac lalu.

Sehubungan itu, kementerian sudah memohon peruntukan sebanyak RM8.3 juta dari Kerajaan Persekutuan melalui dana prihatin kebajikan hidupan liar bagi tujuan kelangsungan operasi ZPT.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 12:04 AM