GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19, Isnin lalu.

Menurut sumber Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, guru terbabit disahkan positif selepas menjalani ujian saringan ketiga.

Katanya, guru yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 di Kelantan itu sedang menjalani kuarantin kendiri sejak 30 September lalu.

"Keputusan ujian saringan Covid-19 yang pertama dan kedua didapati negatif. bagaimanapun guru terbabit didapati positif menerusi keputusan ujian ketiga.

"Guru terbabit kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah," kata sumber.

Menurut sumber, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sudah mengarahkan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B dan 21 serta beberapa guru untuk kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu ujian saringan.

"Buat masa ini hanya kelas sahaja ditutup dan disanitasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 4:48 PM