TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. FOTO arkib NSTP
TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. FOTO arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukannya semalam adalah negatif.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini, Tengku Zafrul memaklumkan sudah menerima keputusan terbabit pada pagi tadi.

"Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan COVID-19.

"Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan (kuarantin) kendiri.

"Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat," katanya.

Semalam beliau turut menyatakan terbabit dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan KKM, Tengku Zafrul akan menjalani kuarantin kendiri di rumah termasuk membuat ujian saringan Covid-19.

Beliau akan melakukan tugasan dari rumah dan bermesyuarat secara maya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 1:22 PM