NIK Ezanee Mohd Faisal. FOTO Arkib NSTP
NIK Ezanee Mohd Faisal. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Petaling Jaya: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menjalani ujian saringan Covid-19 dan diarah kuarantin kendiri selama 14 hari bermula hari ini.

Katanya, ini berikutan beliau adalah kontak rapat dengan salah seorang orang kena tuduh (OKT) di lokap balai yang disahkan positif Covid-19.

"Saya menguruskan tujuh lokap di bawah bidang kuasa saya termasuk melakukan lawatan. Sudah menjadi rutin harian saya sebelum melangkah masuk ke pejabat dan pulang, termasuk pada hari Sabtu dan Ahad.

"Selain melakukan kawalan dan melaksanakan reman, kesejahteraan OKT juga diambil kira," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 pagi ini dan diarah kuarantin sementara menunggu keputusan ujian itu.

Ia kali kedua Nik Ezanee menjalani kuarantin dengan kali pertama pada 12 Oktober lalu.

Beliau mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai perubatan Daerah Petaling yang sebelum ini menghadiri mesyuarat bersama pengurus keselamatan Tropicana yang disahkan positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 12:09 PM