PERTUNJUKAN aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu PT 91M Pendekar, Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) Adnan, Unit Lancar Berganda (ULB) ASTROS dan Meriam 155mm. FOTO BERNAMA
PERTUNJUKAN aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu PT 91M Pendekar, Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) Adnan, Unit Lancar Berganda (ULB) ASTROS dan Meriam 155mm. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Tampin: Setiap anggota perlu memahami dan melaksanakan empat nilai teras supaya pemerintahan Medan Barat Tentera Darat menjadi pasukan disegani kawan dan digeruni lawan, kata Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Ketika berucap pada Perbarisan Perintah Ulung Panglima Medan Barat Tentera Darat ke-21 di Kem Syed Sirajuddin, di Gemas hari ini, beliau berkata, empat nilai teras itu merangkumi pemerkasaan jati diri, peningkatan profesionalisme, pengekalan tahap kesiagaan dan keseimbangan.

Mohammad berkata, berasaskan empat nilai teras itu, semua warga pemerintahan Medan Barat Tentera Darat bersama-sama menjayakan misi dan objektif yang dipertanggungjawabkan oleh pucuk kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat.

MOHAMMAD menyampaikan ucapannya pada Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Medan Barat Tentera Darat Ke-21 di Padang Kawad 51 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kem Syed Sirajuddin, Gemas. FOTO BERNAMA

"Kita mantapkan pemerintahan Medan Barat Tentera Darat supaya menjadi satu ketumbukan disegani kawan dan digeruni lawan selain kita utuhkan kesatuan serta kekalkan relevansi sebagai benteng pertahanan yang terunggul," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad turut mengingatkan kepada semua warga pemerintahan Medan Barat Tentera Darat supaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya meskipun berhadapan cabaran termasuk persekitaran global yang tidak menentu.

"Justeru, bagi merealisasikan apa yang ditetapkan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Darat, pendekatan yang saya tetapkan bagi warga pemerintahan Medan Barat Tentera Darat adalah membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul," katanya.

Terdahulu, perbarisan itu disertai seramai 15 pegawai dan 320 anggota dan ia dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

MOHAMMAD (tengah) bergambar bersama anggota tentera pada Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Medan Barat Tentera Darat Ke-21 di Padang Kawad 51 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kem Syed Sirajuddin, Gemas. FOTO BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 3:40 PM