Penduduk di Kuala Benut, Pontian membersihkan rumah selepas banjir di kawasan itu surut hari ini. Foto Omar Ahmad
Penduduk di Kuala Benut, Pontian membersihkan rumah selepas banjir di kawasan itu surut hari ini. Foto Omar Ahmad
Omar Ahmad

KEADAAN banjir di Johor semakin pulih dengan 284 mangsa daripada 75 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian sehingga malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, semua daerah terjejas mencatat jumlah penurunan mangsa banjir.

Menurutnya, sehingga 8 malam ini terdapat empat PPS ditutup iaitu dua Pontian dan masing-masing satu di Muar dan Batu Pahat.

Katanya, semua daerah terjejas mencatat jumlah penurunan mangsa banjir.

"Dua PPS yang ditutup di Pontian ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Melayu Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut.

"Juga ditutup SK Batu 18 di Muar dan Sekolah Agama 3 Serangkai di Batu Pahat," katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 8:13 PM