GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Omar Ahmad


TIADA kes positif Covid-19 dilaporkan di satu-satunya Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di negeri ini iaitu di Pekan Nenas, Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, setakat kelmarin, tiada kes wabak itu dilaporkan di DTI berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sentiasa peka berkaitan kemungkinan berlakunya penularan kes Covid-19 tempatan ekoran kemasukan baru warga asing, khususnya pendatang tanpa izin (PATI), ke negeri ini.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi penguatkuasaan lain sudah meningkatkan aktiviti pemantauan sempadan serta laluan tikus selain menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penahanan dan penghantaran pendatang terbabit ke DTI.

"Bagi mengekang penularan Covid-19 dalam DTI, kesemua kemasukan baru akan menjalani saringan Covid-19 terlebih dahulu," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hanya tahanan yang bebas Covid-19 sahaja dibenarkan masuk ke DTI berkenaan.

Sekiranya positif Covid-19, mereka akan segera dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pengasingan

Menurut Vidyananthan, sebagai langkah keselamatan, semua anggota yang bertugas di DTI Pekan Nenas juga akan menjalani saringan Covid-19.

"Setakat semalam, 2,874 individu masih ditempatkan di pusat kuarantin ini bagi proses pengasingan.

"Sebanyak 31 daripada 57 pusat kuarantin masih beroperasi,j" katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 3:51 PM