GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


HANYA lima daerah masih dikategorikan sebagai zon merah wabak Covid-19 di negara ini, setakat 12 tengah hari semalam.

Daerah terbabit adalah tiga di Kuala Lumpur iaitu Bukit Jalil yang mencatatkan kes tertinggi positif Covid-19 dengan 284 kes, diikuti ibu kota Kuala Lumpur (161) dan Pudu (57) manakala Hulu Langat, Selangor (123) serta Rembau, Negeri Sembilan (83).

Infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) juga menunjukkan 61 daerah dikategori sebagai zon kuning dengan hampir keseluruhan daerah dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuala Lumpur adalah negeri tertinggi kes positif Covid-19 yang mencatatkan jumlah keseluruhan 2,007 kes.

Selain itu, empat negeri kekal bebas daripada wabak berkenaan iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

Manakala Kedah dan Kelantan masing-masing mencatatkan satu kes positif Covid-19 di Kubang Pasu dan Kuala Krai.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes positif jangkitan itu sebanyak 7,732 kes dan 1,382 kes aktif yang masih dirawat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 12:56 PM