KEADAAN Amos Borine yang cedera. FOTO Ihsan PDRM
KEADAAN Amos Borine yang cedera. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


ANGGOTA polis trafik yang sedang melakukan kawalan di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya cedera di dahi dan mulut selepas dilanggar kereta dipandu lelaki warga China yang terbabas pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian jam 7.05 pagi itu membabitkan kereta BMW dipandu lelaki warga China berusia 68 tahun.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika lelaki warga emas itu bergerak perlahan di lorong kanan jalan selepas lorong kiri jalan tidak dapat dilalui akibat terdapat kemalangan lain membabitkan sebuah lori dan sebuah pacuan empat roda.

"Semasa dia sedang bergerak di lorong kanan jalan, pada masa yang sama anggota polis trafik, Amos Borine, 28, muncul dari pembahagi jalan dan cuba melintas jalan dari arah kanan ke kiri untuk melihat kemalangan jalan raya yang berlaku.

"Pemandu kereta tidak sempat mengelak dan bergesel di bahagian tayar kanan lalu terbabas dan melanggar anggota polis itu yang menyebabka dia jatuh ke arah but," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

"Anggota ini sedang menjalankan tugas kawalan dan penyuraian serta tindakan halangan semasa kemalangan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 11:29 AM