KEDAI menjual peralatan memancing di Pusat Komersil Kota Sentosa,Kuching, dipecah masuk semalam. FOTO IHSAN POLIS
KEDAI menjual peralatan memancing di Pusat Komersil Kota Sentosa,Kuching, dipecah masuk semalam. FOTO IHSAN POLIS
Norsyazwani Nasri


PEMILIK kedai peralatan memancing di Pusat Komersil Kota Sentosa, Kuching kerugian RM35,000 selepas premisnya ditebuk pencuri semalam.

Kejadian itu hanya disedari pemilik kedai berkenaan ketika hendak memulakan perniagaan kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pelbagai peralatan dan kelengkapan memancing serta wang tunai berjaya dilarikan penjenayah.

"Suspek memasuki kedai dengan menebuk dinding konkrit menggunakan alat penebuk lubang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, premis berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV dari premis berdekatan," katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di 082-862 640.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 6:18 PM