ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman dan Nor Farhani Che Ad


MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui gaya pentadbirannya bakal mirip pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak, namun masih terdapat perbezaan mengikut situasi semasa.

Sanusi berkata, pendekatan berbeza itu dilakukan berikutan kerajaan negeri kali ini tidak dianggotai DAP sekali gus berbeza ketika era kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di bawah Azizan.

"Dahulu PAS bersama DAP dalam PR, tetapi sekarang PAS bersama Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

"Jadi kita perlu ada sedikit pendekatan berbeza walaupun saya ini adalah anak didik Allahyarham Ustaz Azizan," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Sanusi turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan anggota kerajaan negeri terdahulu atas khidmat bakti mereka sebelum ini.

"Kerajaan baharu ini akan menjalankan pemerintahan secara berhemah, adil dan saksama kepada semua pihak, tidak akan berlaku penganiayaan atau ketidakadilan terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan lantikan politik oleh kerajaan terdahulu.

"Pembangkang juga diharap terus menunjukkan kerjasama dan tauladan yang baik serta konstruktif dalam pentadbiran demi kepentingan rakyat dan negeri," katanya.

Ketika ditanya adakah kerajaan pimpinannya akan melaksana manifesto PAS ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Sanusi berkata, beliau akan melihat dahulu kesesuaian manifesto berkenaan.

Berita berkaitan

Sebab apa saya disalahkan? - Najib Razak

'Najib Razak dalang utama' - Mukhriz

Kronologi kemelut politik Kedah

'Lebih baik saya jadi pembangkang' [METROTV]

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 5:39 PM