Shamran Sarahan dan Suraya Roslan


KERAJAAN bersedia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran atau diperketatkan sekiranya sesetengah kawasan kes positif Covid-19 naik mendadak.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau perkembangan jumlah kes positif dengan penumpuan dilakukan terhadap lokasi bersasar.

"Kalau kita lihat Petaling memang zon merah kerana ada dua kawasan tumpuan iaitu Sri Petaling dan Lembah Pantai.

"Tetapi tumpuan kita juga terhadap kawasan yang dikenal pasti jika ada kenaikan kes mendadak.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

"Kita akan buat PKP secara pentadbiran seperti di Chow Kit dan sekiranya berlaku peningkatan (kes) kita akan melaksanakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, sasaran kumpulan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan lokaliti dan kluster.

"Seperti sekarang kita kenalpasti kluster pekerja warga asing yang positif Covid-19 dan mengesan kontak rapat mereka.

"Jadi persediaan kita akan melaksanakan PKP pentadbiran dan diperketatkan, kita bersedia menghadapi perkara berkenaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 3:55 PM