Shamran Sarahan dan Raja Noraina Raja Rahim


PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan semula sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan tertentu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan akan melaksanakan tindakan sewajarnya bagi mengekang penularan wabak itu.

"Saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan PKPD di kawasan atau lokaliti berkenaan.

"Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes dapat kita elakkan," katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia akan memasuki fasa normalisasi pada 31 Ogos sehingga vaksin ditemui, jika keadaan wabak di negara ini terkawal.

Beliau turut menyeru rakyat menggunakan aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan untuk membolehkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri.

Katanya, aplikasi itu membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
    GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 6:09 PM