GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Lui disambung seminggu lagi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah.

Ia sepatutnya tamat esok.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kampung di Hulu Langat, 30 Mac lalu, membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Bagaimanapun, PKPD di Batu 21 hingga Batu 23, Kampung Sungai Lui, ditamatkan 13 April lalu, kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 3:16 PM