PEGAWAI dari IPK Sarawak mengusung keranda mendiang ASP Aldrin yang tiba di MASkargo, pagi tadi. FOTO Melvin Joni
PEGAWAI dari IPK Sarawak mengusung keranda mendiang ASP Aldrin yang tiba di MASkargo, pagi tadi. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni

JASAD mendiang Asisten Superintendan Aldrin Gonda yang maut dalam kemalangan di Alor Setar, Kedah Ahad lalu, tiba di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menggunakan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, keranda mendiang diusung keluar oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Ketibaan jasad mendiang turut disambut ibu bapa, Gonda Bong Mim Fui dan Milah Majin.

Jasad kemudian dibawa ke kampung halamannya di Kampung Terbat Leban, Serian menggunakan van polis.

Mendiang akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Terbat Leban esok.

IBU bapa mendiang ASP Aldrin, Gonda Bong Mim Fui dan Milah Majin meratapi keranda anak mereka di dalam van jenazah polis sebelum dibawa balik ke kampung halaman di Kampung Terbat Leban, Serian. FOTO Melvin Joni

Isteri mendiang, Anastasia Chu bersama seorang anak lelaki mereka juga tiba di sini hari ini dengan menaiki pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mendiang Aldrin, 38, meninggal dunia selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas dan terbalik di lampu isyarat Arkib Negara, Alor Setar.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Aldrin maut akibat parah manakala dua lagi anggotanya masing-masing luka di kepala dan kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 2:07 PM