AHMAD Zahid dan Menteri Pelancongan dan Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Openg disambut penduduk Kampung Terbat ketika tiba di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terbat Leban Bunan Gegag, Kilometer 25 Jalan Serian Mongkos.
AHMAD Zahid dan Menteri Pelancongan dan Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Openg disambut penduduk Kampung Terbat ketika tiba di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terbat Leban Bunan Gegag, Kilometer 25 Jalan Serian Mongkos.
Oleh Rabi Atul Adawiyah Ismail

Serian: Kerajaan sudah meluluskan pemberian 1,600 sijil kelahiran dan Mykad kepada individu yang tidak mempunyai pengenalan diri di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau menerima arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menubuhkan pasukan petugas khas diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat untuk menyelesaikan masalah ketiadaan kad pengenalan penduduk negeri ini.

Menurutnya, projek perintis mengesan individu yang ketiadaan kad pengenalan akan dijalankan di Selangau, Mukah dan mereka akan diberikan sijil kelahiran serta Mykard serta merta.

"Ketika ini, kita hanya ada jumlah awal yang tiada kad pengenalan dan masih mengesan lebih ramai yang mempunyai masalah yang sama.

"Kita tau keperluan isu ini dan sebagai menteri bertanggungjawab, saya serta-merta meluluskan permohonan yang dibawa dalam dua mesyuarat kumpulan petugas khas baru-baru ini," katanya ketika menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Mahai, Kampung Melikin Danau Keragas, Balai Ringin, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terbat Leban, Zahid mengumumkan peruntukkan RM400,000 untuk pembangunan infrastruktur kampung itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 7:27 PM