Haliza (Kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengarah HEBHK, Dr Azura. FOTO Ihsan KPJ PAKAR PUTERI
Haliza (Kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengarah HEBHK, Dr Azura. FOTO Ihsan KPJ PAKAR PUTERI
Omar Ahmad


MENYEDARI peranan berat yang diamanahkan sebagai hospital bagi rawatan kes koronavirus (Covid-19) oleh Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Hospital Pakar KPJ Puteri tampil untuk meringankan tugas.

Ketua Eksekutif KPJ Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, memahami tugas kritikal

petugas barisan hadapan ini, pihaknya berinisiatif untuk menyumbang peralatan kesihatan sebagai tanda keprihatinan.

"Sumbangan yang dilakukan ini berterusan, mengikut keperluan HEBHK bagi mendepani pesakit Covid-19 seperti ventilator diikuti Masimo Vital Sign Monitor dan Oxygen Regulator Pin Index.

"Pemberian ini adalah peringkat ketiga, KPJ Puteri bersama Tabung Dana Amal Doktor-Doktor KPJ Puteri menyumbangkan Oxygen Regulator bersama Flowmeter dan bubble humidifier serta nasal cannula, Vital Sign Monitor dan set 10 set Digital mesin memeriksa tekanan darah," katanya selepas penyerahan peralatan berkenaan kepada Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar.

Haliza berharap, ia dapat memenuhi keperluan selain membantu petugas barisan hadapan ini menjalani tugas mereka.

Ia juga sebagai pemangkin semangat buat petugas ini, bahawa kami bersama mereka dan bersama-sama berusaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

"KPJ Puteri sebelum ini turut menghulurkan sumbangan makanan kering dan bekalan ‘hand sanitiser’ ke hospital kerajaan lain dan sentiasa bersedia membantu dalam mendepani Covid-19",katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 2:13 PM