Suliati Asri


MENIKMATI hidangan hasil ‘air tangan’ emak adalah saat yang sering ditunggu oleh si anak setiap kali pulang ke rumah atau kampung. Walaupun sudah berusia, hidangan yang akan sentiasa dirindui adalah keenakkan masakan emak.

Oleh kerana ingin menikmati dan berkongsi hidangan enak dan seimbang dengan anak-anak, si ibu sanggup belajar memasak juadah yang sama.

Itulah juga yang dilakukan suri rumah, Radhiah Rahim, 35, untuk menyediakan hidangan yang terbaik kepada keluarganya.

Radhiah berkata, ibunya sentiasa berpesan walaupun memasak hanya sekadar ‘campak-campak’, hidangan itu perlu disediakan dengan penuh kasih sayang.

"Berpegang kepada pesan ibu, saya menjadikan aktiviti ‘bertukang’ di dapur iaitu memasak terutama untuk keluarga sebagai hobi

“Rutin harian saya juga banyak dihabiskan di dapur untuk menyediakan juadah untuk keluarga bermula daripada sarapan, bekal anak ke sekolah, makan tengah hari, minuman petang dan hidangan makan malam,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata iaitu Alanna NurQisya, 8, Muhammad Harraz, 4, Muhammad Harith, 2, dan Alisha NurQaseh 5 bulan, berkata, sejak kecil, ibunya suka memasak mi MAGGI® kerana ia lebih menjimatkan wang, masa dan tenaga.


Katanya, kerja memasak menjadi mudah kerana produk MAGGI® dari dulu sehingga kini mempunyai kandungan bahan yang berkualiti dan seimbang.

"Selain rasa yang enak, Mi MAGGI® juga mudah serta cepat untuk disediakan dan dalam tempoh beberapa minit sudah sedia untuk dimakan.

"Dimasak pula dengan kasih sayang, hidangan semangkuk mi itu licin tanpa tinggal secubit pun.

"Antara hidangan yang disukai dan sering disediakan untuk keluarga ialah MAGGI® Mi Kari Goreng,” katanya.

Menurutnya, banyak kenangan indah tercipta bersama keluarganya ketika menyediakan hidangan di dapur.

"Biarpun hidangan ringkas, setiap kali memasak, anak-anak antara yang paling teruja sekali ‘menyibuk’ untuk turut sama memasak. Masing-masing mempunyai tugas tersendiri, ada yang merebus mi, memasukkan perencah dan seorang lagi menggaul.

"Suasana di dapur menjadi riuh dengan telatah mereka selain bangga kononnya mereka semua sudah pandai memasak yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan


"Kami kemudian akan bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan,” katanya.

Radhiah berkata, dia suka menggunakan Mi MAGGI® kerana mudah disediakan dengan ramuan lain yang memberi manfaat kesihatan kepada keluarganya.

"Bahan kegemaran yang digunakan adalah bawang putih kerana ia bukan saja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi juga mengandungi antibiotik.

"Anak sulung dan kedua sangat suka saya masukkan sayur sawi dan lobak. Saya turut campurkan dengan ayam yang memiliki kandungan protein yang banyak sekali gus menambah selera mereka menikmati sarapan di sekolah.

"Dengan kata lain semangkuk Mi MAGGI® mempunyai banyak khasiat yang baik kepada kesihatan selain rasanya yang sedap tidak pernah menghampakan kami sekeluarga ," katanya.

Tambahnya, ibu yang ingin memberikan hidangan enak buat seisi keluarga tetapi tidak punya masa yang banyak untuk memasak, disyorkan memilih MAGGI®.

“Ia juga adalah produk wajib yang perlu ada di dapur kerana ia bukan saja menjadikan hidangan yang dimasak enak, tetapi memudahkan kerja anda di dapur,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk MAGGI®, layari www.maggi.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 10:56 AM