Mohammad Asyraf Khalib

AKTIVITI memasak boleh mendatangkan pelbagai manfaat kepada mereka yang selalu mengamalkannya. 

Bagi golongan muda, memasak mampu meningkatkan penguasaan dalam pelbagai bidang seperti akademik, seni dan kemahiran sosial.

Mereka juga boleh menguasai beberapa kemahiran penting lain seperti proses merancang, pengurusan masa yang berkesan dan kemahiran menyusun atur.

Menyedari ia membawa manfaat yang baik dalam kehidupan untuk jangka masa panjang, MAGGI®  komited memupuk minat memasak kepada lebih ramai generasi muda di Malaysia. 

Tahun ini, Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® 2022 siri ke-26 menyaksikan lima pasukan cef muda muncul sebagai pemenang kebangsaan, dipilih daripada lebih 2,000 orang peserta. Mereka ialah:

  • Camelia Ivana dan Irdina Sofiya dari SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
  • Nabihah Auni dan Nur Ain Syazwani dari SMK Pandan, Kuantan, Pahang
  • Alya Qaseh dan Qurratul Ain dari SMK Pengerang Utama, Johor
  • Vanessa Grace dan Valentina Ulau dari SMK Bandar Sibu, Sarawak
  • Aleya Alesya dan Damia Batrisyia dari SMJK Notre Dame Convent, Melaka

Kombinasi resipi kreatif bawa tuah

Berbekalkan dorongan awal daripada guru, dua orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan tidak menyangka mereka dinobatkan sebagai johan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® 2022. 

Irdina Sofiya dan Camelia Ivana masing-masing berusia 15 tahun menyertai pertandingan ini bagi mencabar diri mereka mencuba perkara baharu tanpa meletakkan sebarang harapan untuk menang. 

Menerusi pertandingan ini, mereka memilih untuk memasak menu istimewa iaitu Spaghetti Lomak Berapi dan Ayam Percik MAGGI®.

Idea kreatif memperkenalkan kombinasi hidangan kegemaran daripada barat iaitu spaghetti bersama menu tradisional popular di Negeri Sembilan, masak lemak cili api nyata menarik perhatian juri.

Lebih menarik, hampir semua bahan yang digunakan untuk memasak resipi ini sangat mudah disediakan, termasuk penggunaan perencah Ayam Percik MAGGI® yang mengambil masa kurang satu minit untuk disiapkan. 

Sesuai dengan tema Sajian Seimbang Tanda Sayang, Irdina dan Sofiya masing-masing mempamerkan minat, semangat dan kesungguhan ketika memasak di samping hidangan yang disediakan cukup seimbang dengan sumber protein, sayur serta karbohidrat.

Dengan menyertai pertandingan ini, mereka secara tidak langsung berpeluang mempelajari cara memasak yang betul serta mengetahui kepentingan menyiapkan hidangan seimbang mengikut garis panduan Suku Suku Separuh yang disyorkan dalam Pinggan Sihat Malaysia.

Cef muda beraksi

Impian untuk bergelar cef profesional turut menyerlah apabila Naqibah Auni dan Nur Ain Syazwani diumumkan sebagai Naib Johan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® 2022. 

Berbekalkan minat dalam dunia masakan, dua gadis berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Kuantan ini membuat keputusan untuk keluar daripada zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu.

Mereka memilih resipi fusion dikenali sebagai Pazzta Percik Autentik Bersama Ulam Ulaman 1001 Rahsia dengan menggabungkan masakan tradisional dan moden.

Proses penyediaannya tampak unik apabila mereka langsung tidak menggunakan minyak dalam masakan tetapi tetap menjanjikan rasa yang berkualiti premium.

Hidangan istimewa itu diserlahkan lagi dengan kombinasi beberapa jenis ulam-ulaman tradisional Malaysia yang menawarkan pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Berkongsi mengenai impian masing-masing, Naqibah Auni berkata dia berhasrat untuk membuka restoran sendiri, manakala Nur Ain Syazwani pula ingin menjadi seorang cef selebriti. 

Menerusi video yang dihantar Naqibah Auni dan Nur Ain Syazwani, mereka menghidangkan resipi kemenangan mereka kepada pelajar Pendidikan Khas SMK Pandan.

Tingkat kesedaran generasi muda

Platform kulinari yang mula diperkenalkan pada 1997 ini bertujuan memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di samping meningkatkan kesedaran mengenai manfaat jangka panjang pemakanan yang baik terhadap kesihatan. 

Pertandingan tahun ini turut memberi pendedahan mengenai pemakanan berasaskan tumbuhan yang menjana minat dan penerimaan yang tinggi dalam kalangan orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, atas kesannya yang baik terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. 

Inisiatif ini adalah kerjasama strategik antara MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana setakat ini menyaksikan penyertaan lebih 341,000 orang pelajar merangkumi 10,000 buah sekolah di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® 2022, layari laman sesawang MAGGI®  Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 6:43 PM