KHAIRY hadir taklimat pertamanya di pejabat kementerian itu hari ini. FOTO IHSAN TWITTER KJ
KHAIRY hadir taklimat pertamanya di pejabat kementerian itu hari ini. FOTO IHSAN TWITTER KJ
Muhaamad Hafis Nawawi


MENTERI Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin hadir taklimat pertamanya di pejabat kementerian itu selepas selesai mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu, hari ini.

“Terima kasih kepada bekas menteri Yeo Bee Yin atas khidmat yang baik.

“Agenda pemerkasaan sains dan inovasi dalam segenap segmen masyarakat akan diteruskan untuk memacu kemajuan negara,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu, beliau antara 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, serta 37 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu |

  • Barisan Kabinet baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 9:25 PM