ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR
Omar Ahmad


SEBUAH kilang kitar semula di Jalan Keluli 7, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang terbakar, awal pagi tadi.

Komander Operasi yang diketuai Penguasa Kanan Bomba l, Mohamad Faizul Selamat berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kilang itu pada 5.37 pagi.

Menurutnya, 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, BBP Johor Jaya, BBP Tebrau, BBP Larkin, BBP Penawar dan Fire Post Kempas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kita juga menggerakkan tiga jentera FRT, jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), dua penarik bertangki air (water tanker), tiga Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah ‘Foam Tender’, jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan jentera BATV.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan kilang kitar semula, Kilang Sun Hup. Kebakaran masih belum dapat dikawal kerana ia membabitkan bahan buangan yang mudah terbakar,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Mohamad Fauzi, bomba menggunakan tindakan operasi pemadaman teknik defensif dengan membuat ‘cooling’ di bangunan yang berhampiran.

“Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini. Punca kebakaran dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 10:51 AM