Suliati Asri

BAGI meraikan Hari Pekerja pada Mei ini, HUAWEI menyediakan rangkaian tawaran menarik, hadiah, peraduan dan banyak lagi! Mulai bulan ini, HUAWEI mempunyai harga baru untuk peranti terpilih diikuti dengan sambutan ulang tahun ke-6 kedai rasmi dalam taliannya, serta tawaran AppGallery Rewards, Member Centers Reward dan banyak lagi.

Berikut adalah sebab mengapa pengguna tidak boleh melepaskan ganjaran yang luar biasa ini.

1. Harga baru untuk HUAWEI P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30Pro 4G


Bermula 12 pagi 29 April, HUAWEI menyenaraikan harga baru untuk peminat HUAWEI dari siri jenama terkemuka HUAWEI P30 Pro, HUAWEI Mate 30 dan Mate 30Pro 4G.

Dengan pengurangan harga hingga RM300, HUAWEI memberi pengguna alasan untuk memiliki salah satu peranti seperti di bawah bagi menyambut Hari Pekerja dengan kegembiraan.

• HUAWEI P30 Pro (8GB+256GB): Harga Biasa: RM 2,999 Harga Baru: RM 2,799

• HUAWEI Mate 30 (8GB+128GB): Harga Biasa: RM 2,799 Harga Baru: RM 2,499

• HUAWEI Mate 30Pro 4G (8GB+256GB): Harga Biasa: RM 3,899 Harga Baru: RM 3,599

Layari https://shop.huawei.com/my/ untuk membeli peranti HUAWEI.

2. Jualan Ulang Tahun ke-6 Kedai Rasmi Atas Talian HUAWEI dengan baucer sebanyak RM166


Kedai dalam talian HUAWEI kini enam tahun. Dengan itu, HUAWEI memberikan tawaran hebat serta hadiah percuma bagi meraikannya. Sambutan sehari iaitu 29 April menawarkan potongan 16 peratus untuk semua aksesori HUAWEI, tawaran hebat dan percuma dengan promosi 'Must Buy' menerusi promosi New Arrival.

Pengguna juga boleh menebus baucer dalam talian bernilai RM166 dengan hanya mengunjungi kedai rasmi dalam talian HUAWEI dan mendaftar.

Jadi, apa tunggu lagi. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut!

3. Jumlah Ganjaran Ahli AppGallery HUAWEI Setinggi RM2,400


I. Komen & Menang HUAWEI P40 Pro

Dengan semangat Ramadan, HUAWEI Mobile Services melancarkan kempen perayaan, 'AppGallery Brings You Together This Ramadan' dan menawarkan 10 telefon pintar HUAWEI P40 menerusi peraduan bermula 1 Mei hingga 31 Mei.

Peraduan itu bertujuan mendorong pengguna Huawei ID memberitahu Huawei Mobile Services APAC di Facebook manakah aplikasi dimuat turun dari koleksi kempen AppGallery.

Pengguna juga perlu mengatakan bagaimana ciri dalam Aplikasi membantu mereka sepanjang bulan Ramadan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen, klik di sini.

II. Terima Rebet 100 peratus melalui pembelian 'in-app' dengan Maxis & Hotlink

Dapatkan mata dan ganjaran HUAWEI semasa berbelanja! Dari 1 April hingga 30 Jun, nikmati tiga kali ganda ganjaran dengan menukar pembelian dalam aplikasi pada bil Maxis atau membayar dengan Kredit Hotlink anda.

Bagi pembelian kali pertama, pengguna boleh menerima 100 peratus rebat* pada Mata HUAWEI, sementara pengguna sedia ada boleh mendapat dua (2) Mata HUAWEI dengan setiap pembelian.

Setiap bulan sepanjang kempen berlangsung, satu pengguna yang memenuhi syarat dengan nilai pembelian terkumpul tertinggi pada bulan terbabit akan memenangi hadiah bulanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen, klik di sini.

*Tertakluk terma dan syarat

III. Ganjaran HUAWEI Member Center

HUAWEI Rewards adalah program penghargaan istimewa yang didedikasikan kepada pengguna mudah alih HUAWEI. Sebagai ahli VIP HUAWEI, pengguna boleh menebus promosi dan tawaran dari rakan niaga HUAWEI yang disenaraikan dalam Mobile App.

Mulai Mei ini, pengguna dapat menerima hadiah percuma dan diskaun istimewa eksklusif dari rakan kongsi HUAWEI seperti Malaysia Airlines, Golden Screen Cinemas, Nando's, Godiva, Baskin Robbins, Dominos's Pizza, HealthLand, Samsonite, GNC, Health Lane dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini.

IV. Percuma tiga bulan Akses VIP untuk HUAWEI Video

Bagi semua pengguna HUAWEI yang baru, mereka berhak menebus akses VIP PERCUMA selama 3 bulan untuk HUAWEI Video di mana terdapat lebih daripada 1,000 video, drama, dokumentari dan pertunjukan yang tersedia bagi membuatkan pengguna sibuk sepanjang percutian mereka.


Selain itu, HUAWEI juga menawarkan satu set HUAWEI MatePad Pro dengan Papan Kekunci Magnatik Pintar pada harga RM2,989 dengan hadiah percuma iaitu HUAWEI M-Pencil yang bernilai RM299.

HUAWEI juga mengadakan Kempen Penghantaran HUAWEI Express VIP supaya pelanggan dapat membeli produk HUAWEI tanpa keluar dari rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berjalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan manfaat pelanggan, layari HUAWEI Online Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 6:26 PM