MUHAMMAD Danial (gambar kanan) maut selepas digilis treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Katil, Melaka. FOTO Amir Mamat
MUHAMMAD Danial (gambar kanan) maut selepas digilis treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Katil, Melaka. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat

LELAKI maut selepas digilis treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Katil, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Danial Ismail, 20, yang menunggang motosikal berhenti di sebelah treler itu kedua-dua kenderaan bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Bagaimanapun, treler itu terlanggar motosikal mangsa menyebabkan mangsa juga pekerja kedai terjatuh sebelum digilis kenderaan berat itu menyebabkan kepalanya pecah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, treler itu mula bergerak selepas lampu bertukar hijau dari arah Jalan Tun Hamzah.

Katanya, semasa bergerak untuk ke arah kanan, treler terbabit terlanggar motosikal yang secara tiba-tiba berada di hadapannya.

“Motosikal berkenaan dipercayai berada pada kedudukan ‘blindspot’.

“Akibat kemalangan itu, penunggang terbabit termasuk di bawah lori treler dan meninggalkan dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dibawa ke HospitalMelaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 8:25 PM