GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Mohd Roji Kawi


SERAMAI 16 individu dilarang masuk ke Sarawak pada Sabtu dan Ahad lalu, bagi mengekang penularan wabak koronavirus baharu.

Daripada jumlah itu, 13 adalah warga China, dua dari Hong Kong manakala seorang warga Indonesia.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, warga Indonesia dan Hong Kong itu dilarang masuk ke Sarawak kerana mereka mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari lalu.

“Warga Indonesia itu adalah lelaki, manakala yang dari Hong Kong pula seorang lelaki dan wanita.

“Mereka cuba masuk ke negeri ini dengan menaiki pesawat dari Semenanjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, 11 warga China cuba masuk ke Sarawak menerusi LTAK pada Sabtu dengan dua wanita menaiki pesawat dari Kota Kinabalu.

“Seramai sembilan orang lagi, iaitu tiga wanita dan enam lelaki pula menaiki pesawat ke LTAK dari Semenanjung,” katanya.

Semalam pula, seorang lelaki warga China dihalang masuk ketika tiba di Lapangan Terbang Miri dari Semenanjung.

*Semalam juga, seorang lagi warga China dihalang masuk melalui Lapangan Terbang Mulu. Lelaki dari Guangzhou itu menaiki pesawat ke Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Mulu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 9:38 AM