Lizam Ridzuan


Bayangkan anda memenangi RM20,000. Tentu banyak sekali perkara yang boleh dilakukan seperti pembayaran bil-bil kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, deposit pembelian kereta baharu ataupun bercuti ke destinasi pilihan.

Jadi mulakan tahun baharu 2020 dengan lebih bersemangat dan sertai kempen oleh Shell Malaysia iaitu ‘Nak Ekstra RM20,000?’ yang dilancarkan baru-baru ini.

Ini dibuktikan menerusi pemenang utama minggu ketiga, Muhammad Shukri Muhammad Deris, 25, dari Triang, Pahang yang bertugas sebagai Pekerja Am di Alam Flora berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini dan sememangnya ia sangat membantu dalam perbelanjaan kami sekeluarga terutama anak saya yang pertama kini sudah memulakan alam pra-sekolahnya tahun ini,” katanya.

Shukri melakukan isian bahan api Shell FuelSave 95 sebanyak RM50 ketika pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang dan menghantar resit serta borang penyertaannya lalu terpilih sebagai pemenang.

Ketika pihak Shell menghubunginya, Shukri seakan tidak percaya diumumkan sebagai pemenang namun apabila dihubungi untuk kali kedua bagi pengesahan, dia gembira terpilih untuk mendapat hadiah utama.

“Saya selalu menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Shell namun nasib tidak menyebelahi, namun kali ini saya sangat bersyukur buat pertama kalinya mendapat hadiah utama bernilai RM20,000,” tambahnya.

Shukri adalah juga pelanggan setia dan memang sentiasa mengisi bahan api Shell dan merasakan Shell FuelSave 95 banyak memberikannya penjimatan serta lebih jarak perbatuan berbanding jenama lain yang pernah dicuba.

Namun kesetiaannya itu berbaloi dengan kemenangan wang tunai yang membantu dalam melancarkan urusan seharian termasuk membeli peralatan persekolahan, ansuran bulanan kereta dan lain-lain lagi.

Juga untuk masa depan lebih cemerlang, Shukri kini juga berpeluang menghantar anaknya ke tadika yang lebih baik selain menghulurkan sejumlah wang itu buat ibu bapanya di kampung.

Ketika majlis penyampaian hadiah kepada pemenang baru-baru ini, Shukri dan keluarga datang dari Triang, Pahang menuju ke Shah Alam dan berkesempatan meluangkan masa bersama Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Hussain.


“Salah satu kejutan yang kami dapat selain mendapati hadiah terbesar, Shairan telah membawa kami ke kompleks membeli belah di Shah Alam untuk membeli barangan keperluan persekolahan anak saya yang akan memulakan persekolahan pada tahun ini.

Kami berasa sangat gembira kerana Shairan telah meluangkan masa bersama kami.”

Kepada pelanggan-pelanggan yang ingin berpeluang dan menikmati wang tunai RM20,000 seperti Shukri, rebutlah peluang ini dengan mengunjungi mana-mana Stesen Shell, sama ada mengisi bahan api, membeli barangan di Kedai Shell Select atau Kedai Shell dalam satu resit (kecuali tambah nilai talian pra-bayar telefon, Touch N Go dan rokok) melayakkan anda menyertai peraduan ini.


Hanya dengan membelanjakan RM40 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM20,000 untuk 10 pemenang selain tawaran RM1,000 untuk hadiah mingguan untuk 20 pemenang.

Selepas berbelanja anda hanya perlu menghantar butiran pembelian menggunakan borang asal dengan resit atau imbas kod QR untuk penyertaan melalui atas talian.

Peraduan berlangsung dari 1 Disember 2019 sehingga 9 Februari 2020 dan maklumat lanjut ‘Nak Ekstra RM20,000?’, testimoni dan senarai nama pemenang boleh layari di: www.shell.com.my

Bahan api Shell FuelSave 95 mampu membawa perjalanan anda lebih jauh dan wang tunai yang dimenangi juga membolehkan anda melakukan perkara yang serupa. Jom sertai!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 6:35 PM