Nescafé meraikan sambutan Bulan Kopi Antarabangsa.
Nescafé meraikan sambutan Bulan Kopi Antarabangsa.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Bagi merancakkan sambutan Bulan Kopi Antarabangsa buat rakyat Malaysia tahun ini, Nescafé melancarkan perisa edisi terhad yang hanya boleh didapati melalui tiga peruncit tertentu sahaja.

Tiga perisa berkenaan adalah Nescafé Gula Melaka yang hanya boleh didapati di 7-Eleven, Nescafé Sirap Bandung (di Petronas), dan Nescafé Pandan (di Shell).

Selain itu, ia juga memperkenalkan dua perisa baru melalui Siri Kopitiam Nescafé iaitu Nescafé Kopi-C dan Nescafé Cham.

Dalam pada itu, bagi meraikan sambutan Bulan Kopi Antarabangsa ini, Nescafé turut menganjurkan Peraduan Nescafé – Vibe Kopi melalui aplikasi WhatsApp.

Sebanyak 324 hadiah bernilai hampir RM290,000 sedia untuk dimenangi melalui peraduan hebat ini, termasuklah 18 motosikal Honda Vario 150 Repsol.

Peraduan ini berlangsung dari 6 September hingga 7 November 2021.

Nescafé Bandung.
Nescafé Bandung.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, untuk menyertai peraduan berkenaan, pelanggan hanya perlu beli mana-mana produk Nescafé tin/botol/cawan dengan nilai terkumpul sebanyak RM6 dalam satu resit asal dari mana-mana peruncit di kedai atau dalam talian.

"Tuliskan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di muka depan resit dan hantarkan gambar resit yang jelas memaparkan jumlah amaun resit berkenaan ke talian WhatsApp penganjur di 018-388 0070.

"Kesemua penyertaan akan diterima melalui WhatsApp sahaja," katanya dalam kenyataan.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah 18 unit motosikal Honda Vario 150 Repsol dengan dua pemenang mingguan selama sembilan minggu.

Nescafé Pandan.
Nescafé Pandan.

Selain itu, sebanyak 18 hadiah pertama berupa konsol PS5 diberikan kepada dua pemenang setiap minggu manakala, untuk hadiah tempat kedua, sebanyak 18 komputer riba Dell Inspiron 15 akan diberikan kepada dua pemenang mingguan.

Sebanyak 270 saguhati berupa kredit e-dompet Touch 'n Go eWallet bernilai RM50 akan diberikan kepada 30 pemenang setiap minggu.

Dalam pada itu, menurutnya, peserta yang membuat pembelian mereka dari 7-Eleven dan Lotus's juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan yang terdiri daripada Kerusi Gaming TT-Racing dan konsol Nintendo Switch.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 5:17 PM