MOTOSIKAL tinggal rangka. FOTO Ihsan Bomba.
MOTOSIKAL tinggal rangka. FOTO Ihsan Bomba.
Nor Farhani Che Ad


SEBANYAK 12 motosikal dipercayai milik pekerja syarikat pembersihan musnah dalam kebakaran di kawasan berhampiran Dewan Istiqamah, Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani, hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan sebuah Perodua Myvi yang berada di kawasan berhampiran rosak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.16 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dihantar ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.

“Ketika tiba, anggota mendapati 12 motosikal dan sebuah kereta yang diletakkan di depoh terbuka syarikat terbabit sedang terbakar.

“Tindakan memadam menggunakan pancutan air berserta buih (foam) segera dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sayani berkata, semua motosikal musnah 95 peratus manakala, kereta rosak 15 peratus.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 4:02 PM