Siti Nor Hidayatidayu Razali


MANGSA banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,809 mangsa sehingga 4 petang, hari ini berbanding 7,342 mangsa, 12 tengah hari tadi.

Mereka membabitkan 2,988 keluarga ditempatkan di 82 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat adalah daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan 203 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

RANTAU PANJANG 02 DISEMBER 2019. Pemandangan dari udara menunjukkan
RANTAU PANJANG 02 DISEMBER 2019. Pemandangan dari udara menunjukkan

Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 4,774 orang daripada 1,906 keluarga di 25 PPS. Mangsa banjir di Kuala Krai meningkat kepada 1,166 orang daripada 288 keluarga di 20 PPS.

Manakala, Kota Bharu mencatatkan 730 mangsa daripada 211 keluarga di lima PPS dan Pasir Puteh seramai 784 mangsa daripada 206 keluarga di lapan PPS.

Tanah Merah membabitkan 498 mangsa daripada 142 keluarga di 11 PPS, Machang 215 mangsa daripada 65 keluarga di enam PPS dan Bachok mencatatkan 260 mangsa daripada 61 keluarga di dua PPS.

Manakala, di Jeli 179 mangsa daripada 45 keluarga di dua PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 5:30 PM