ANTARA lelaki yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda. FOTO Ihsan AADK
ANTARA lelaki yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda. FOTO Ihsan AADK
Nor Farhani Che Ad


ENAM penagih dadah ditahan dalam Ops Cegah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di sekitar Sungai Petani, semalam.

Ketua Pegawainya, Arnida Ishak berkata, enam lelaki terbabit ditahan dalam operasi yang diadakan selama enam jam bermula 9 pagi.

“Mereka ditahan di enam lokasi berasingan yang juga dikesan sebagai lokasi panas dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Ia membabitkan Kampung Bakar Arang, Bandar Amanjaya, Taman Ria Jaya, Kampung Pantai Merdeka, Taman Seri Jenaris dan Kampung Paya Suri Semeling,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arnida berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 48 tahun.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati empat daripadanya positif dadah jenis syabu dan dua positif methamphetamine serta morfin.

“Semua tangkapan disiasat dan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 pindaan 1998,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 11:04 AM