BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Beliau berkata individu dan entiti yang menerima kompaun itu diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan wang berkenaan.

Latheefa berkata secara purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta, sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 11:30 AM
LATHEEFA Koya ketika sidang media berhubung tindakan terkini kes 1MDB di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
LATHEEFA Koya ketika sidang media berhubung tindakan terkini kes 1MDB di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah