LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS memburu seorang lagi suspek kejadian samun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan GrabFood di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, setakat ini, belum ada perkembangan tangkapan terbaru dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Sebelum ini, seorang suspek berusia 33 tahun ditahan di Taman Kepong, 4.45 petang kelmarin, bagi membantu siasatan.

Mohd Zani berkata, hasil soal siasat suspek mengaku terbabit dalam kes itu bersama seorang lagi rakannya.

“Polis turut merampas beberapa barang lain daripada suspek seperti batang kunci motosikal jenama Solcar, topi keledar serta motosikal Yamaha 125 yang dipercayai diguna ketika cubaan samun berkenaan.

“Selepas ditahan, suspek mengaku terbabit dalam kes cubaan samun itu. Mangsa juga mengecam suspek menerusi kawad cam,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penghantar makanan GrabFood cedera selepas bergelut dengan dua penjenayah yang cuba menyamun Yamaha Y15.

Ketika kejadian 2.53 petang itu, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri suspek yang menaiki motosikal Yamaha 125z.

Seorang suspek mengarahkan mangsa turun dari motosikal dan menyatakan motosikal yang dinaiki adalah motosikal curi dan ingin mengambilnya.

Mangsa bergelut dengan dua penjenayah berkenaan sebelum dua suspek terbabit melarikan diri apabila mangsa bertindak melawan.

Berita berkaitan

Seorang dah kena 'kutip'... [METROTV]

Tunggu kena 'kutip' je la...

Demi 'Ysuku'... [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 2:35 PM