ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Mohd Sabran Md Sani


WANITA berusia 44 tahun maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 83 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan Tan Yoke Yun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Pemandu treler yang berusia 44 tahun dari Bandar Seri Alam, Masai, terselamat.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Shalneeraj Abdullah berkata, sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.07 pagi.

“Maklumat awal diterima membabitkan kemalangan sebuah treler dan sebuah kereta. Kereta itu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 10:07 AM