Asrol Awang


SERAMAI 90,000 pemilik akaun di Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air selama 18 jam pada 23 dan 24 April ini.

Gangguan itu disebabkan kerja penyelenggaraan dua unit alat ubah arus (transformer) di muka sauk Kampung Kobat Lama dan Baru.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan bekalan air bersih dijangka bermula 9 pagi 23 April hingga 3 pagi, 24 April.

Katanya, antara kawasan terbabit adalah seluruh Beserah hingga sempadan Chendor termasuk bandar Damansara, Taman Dato Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah dan Jeram.

“Gangguan turut berlaku di Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan Kubang Ikan.

“Kawasan lain pula seluruh kawasan Gebeng Industri Fasa I, II, III, seluruh kawasan Pelabuhan Kuantan dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kawasan lain adalah Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, perumahan Semambu, Industri Semambu, seluruh kawasan kiri/kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung.

Katanya, turut terjejas kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri/kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Cempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja dan kawasan sekitarnya.

“Seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih dan kawasan sekitarnya.

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya untuk persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan .

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09 573 9999,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 2:15 PM