GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin

KANAK-KANAK lelaki yang juga anak kepada anggota tentera maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman kem di Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dikatakan terjatuh ketika bermain bersama rakannya di bangunan berkenaan.

Mangsa meninggal dunia ketika berada di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.13 petang tadi.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL untuk bedah siasat.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nakhoda Batu Caves, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kemudian sebaik siasatan lanjut dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 7:08 PM