Nurul Hidayah Bahaudin


MENTERI Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan penemuan mayat bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi berusia 5 bulan di dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuh bayi berkenaan di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, malam tadi, sangat menyayat hati.

Menerusi catatan di Twitter, hari ini, beliau berkata, kejadian itu tidak dapat diterima dan pelbagai tindakan perlu diambil untuk melindungi kebajikan kakitangan dan ahli keluarga mereka.

"Sangat menyayat hati diberitahu penemuan mayat bayi di rumah pengasuh. Ini tidak boleh diterima. Lebih banyak (tindakan) perlu dilakukan untuk melindungi kebajikan kakitangan dan ahli keluarga mereka.

"Takziah buat jururawat, Farrah Madihah Othman dan suami," tulisnya pada catatan itu, hari ini.

Dzulkefly turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi Farrah Madihah yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur, jam 2.20 petang.

Berita berkaitan

'Tempurung kiri kepala Adam Rayqal retak'

'Adam Rayqal, jaga diri di sana ya'

Jenazah Adam Rayqal dikebumikan di Terengganu

'Kematian Adam Rayqal begitu tragis - Datuk'

'Suspek kes Adam Rayqal direman bantu siasatan'

'[UPDATE] Ibu bapa Adam Rayqal buat pengecaman'

'[UPDATE] Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh'

'Kembalikan anak kami...'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 7:11 PM