BOT penunda digunakan untuk menunda feri Pulau Pinang yang membawa penumpang selepas mengalami kerosakan.
BOT penunda digunakan untuk menunda feri Pulau Pinang yang membawa penumpang selepas mengalami kerosakan.
Mohamed Basyir

Georgetown: Feri Pulau Pinang terhenti secara tiba-tiba ketika membawa penumpang dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), Georgetown, pagi semalam.

Gambar feri yang rosak dan ditunda oleh sebuah kapal penyelamat itu menjadi viral di media sosial.

Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry) dalam kenyataannya di Facebook, mengesahkan menggantung jadual perjalanan feri pada jam 9.30 dan 10.30 pagi semalam.

Bagaimanapun, Rapid Ferry tidak mengesahkan insiden feri rosak terbabit.

Pada 6 Julai lalu, Rapid Ferry mengesahkan kejadian Feri Pulau Payar terhenti secara tiba-tiba ketika membawa penumpang dari PRTU ke PSAH.

Jurucakapnya berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku ketika perkhidmatan awam berkenaan baru dua minit berlepas dari PRTU dengan membawa 62 penumpang, 27 kereta dan 49 motosikal.

Semua penumpang dilaporkan selamat dan tiada sebarang kerosakan berlaku pada kenderaan yang berada di dalam feri terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 11:22 AM