BOT penunda digunakan untuk menarik feri yang tiba-tiba berhenti sebelum dihanyutkan arus ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) Butterworth, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
BOT penunda digunakan untuk menarik feri yang tiba-tiba berhenti sebelum dihanyutkan arus ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) Butterworth, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
Nur Izzati Mohamad


LEBIH 100 penumpang cemas selepas feri dinaiki mereka dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), Georgetown ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) Butterworth, tiba-tiba berhenti sebelum dihanyutkan arus dalam kejadian 11.30 pagi hari ini.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca akibat kerosakan teknikal menyebabkan enjin terpaksa dihentikan buat sementara.

Bagaimanapun, dalam insiden itu semua penumpang dilaporkan selamat dan meneruskan semula perjalanan mereka.

Jurucakap Rapid Ferry Sdn Bhd dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook, memohon maaf kepada semua penumpang yang terbabit dalam insiden itu.

Beliau berkata, pihak Rapid Ferry mengambil langkah menggunakan kapal tunda untuk menyelamatkan penumpang di atas feri berkenaan dalam tempoh 18 minit.

“Ketika kejadian, terdapat 62 penumpang, 27 kereta dan 49 motosikal.

“Semuanya selamat dan meneruskan perjalanan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 10:15 PM