KETUA Balai Bomba dan Penyelamat  Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar (dua dari kanan) mengagihkan #HMKotakRezeki kepada anggota balai di Ibu Pejabat Bomba Kuala Terengganu.
KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar (dua dari kanan) mengagihkan #HMKotakRezeki kepada anggota balai di Ibu Pejabat Bomba Kuala Terengganu.
ROSLI (dua dari kanan)  diberi penerangan mengenai kandungan   #HMKotakRezeki.
ROSLI (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai kandungan #HMKotakRezeki.
MOHD Fadzil menerima sebahagian daripada 200 #HMKotakRezeki di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Perlis.
MOHD Fadzil menerima sebahagian daripada 200 #HMKotakRezeki di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Perlis.
MOHD Zamri menunjukkan tanda bagus selepas menerima #HMKotakRezeki di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
MOHD Zamri menunjukkan tanda bagus selepas menerima #HMKotakRezeki di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
ZULKIFLI menerima sumbangan #HMKotakRezeki di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.
ZULKIFLI menerima sumbangan #HMKotakRezeki di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.
Wartawan NSTP


Kuala Lumpur: Sumbangan #HMKotakRezeki yang diberikan di seluruh negara kepada pasukan keselamatan adalah tanda menghargai pengorbanan anggota terbabit bertugas tanpa mengira masa demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Di Johor Bahru, sumbangan #HMKotakRezeki diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) memudahkan anggota polis berbuka puasa ketika mereka bertugas pada
waktu berbuka.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata seperti biasa, anggota akan ditugaskan menjaga keselamatan awam termasuk melakukan rondaan dan menjaga kelancaran lalu lintas walaupun ketika waktu berbuka.

“Saya berterima kasih kepada Harian Metro (HM) kerana memberi sumbangan Kotak Rezeki ini kepada anggota IPD JBU yang ramai tidak dapat balik berbuka puasa bersama keluarga kerana mereka perlu membuat rondaan dan menjaga lalu lintas.

“Jadi, sumbangan ini dapat membantu mereka berbuka puasa dengan mudah,” katanya ketika menerima kunjungan HM ke IPD JBU bagi penyerahan #HMKotakRezeki di sini.

Sebanyak 100 #HMKotakRezeki disampaikan Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Johor, Junita Mat Rasid kepada Mohd Taib bersama pegawai kanan dan anggota IPD JBU.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, sumbangan #HMKotakRezeki diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) diagihkan kepada anggota yang bertugas pada waktu berbuka termasuk mereka yang mengawal lalu lintas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kebanyakan pegawai dan anggotanya bertugas ketika waktu berbuka termasuk anggota trafik yang perlu menjaga lalu lintas.

“Anggota polis yang bertugas akan diberikan Kotak Rezeki ini bagi memudahkan mereka berbuka puasa kerana ada makanan dan minuman,” katanya.

Turut diagihkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis membabitkan 200 kotak yang diberi kepada anggota agensi penyelamat di negeri berkenaan.

Penyerahan #HMKotakRezeki itu disampaikan wakil NSTP Kedah/Perlis, Aizat Sharif kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Fadzil Haroon di Ibu Pejabat JBPM Perlis di sini, semalam.

Tidak ketinggalan di Pantai Timur sebanyak 30 kotak masing-masing diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris dan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi sebagai menghargai pergorbanan agensi penguat kuasa yang bertugas tanpa mengira masa.

Sementara di Pahang, sumbangan sebanyak 200 #HMKotakRezeki turut diserahkan kepada anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata sumbangan itu sangat bermakna buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya warga IPK Pahang kerana juadah itu boleh dimakan ketika bertugas selepas masuk waktu berbuka puasa.

Penaja bersama program#HMKotakRezeki 2018 antaranya AffinBank Group dan Pos Laju, bersama Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn Bhd, Massimo by The Italian Baker, Kimball, Central Sugar Refinery (CSR) dan QNet International.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Jun 2018 @ 7:41 AM