ABDUL Hadi (dua dari kiri) bersama Radhi (kanan), Muhamad Riduan kiri) dan Dr Ahmad Fakhruddin pada majlis pelancaran Gelombang Hijau di Alor Setar, malam tadi. FOTO Amran Hamid
ABDUL Hadi (dua dari kiri) bersama Radhi (kanan), Muhamad Riduan kiri) dan Dr Ahmad Fakhruddin pada majlis pelancaran Gelombang Hijau di Alor Setar, malam tadi. FOTO Amran Hamid
Petah Wazzan Iskandar


BEKAS pemain bola sepak kebangsaan dan Kedah Radhi Mat Din diumumkan calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pencalonan Radhi, 53, antara dua muka baharu yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, Alor Setar, malam tadi.

Radhi akan bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN) selain Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, seorang lagi muka baharu ahli farmasi Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan sebagai calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur pula bakal ditandingi Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi yang ditinggalkan bekas Exco kerajaan negeri PAS sebelum ini, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah tidak mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kundor yang disandangnya sejak pada 1999, 2008 dan 2013 apabila diumumkan sebagai calon PAN bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 12:42 AM