HM Digital

 

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen manakala diesel kekal bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik empat sen daripada RM2.26 kepada RM2.30 seliter manakala RON97 naik empat sen daripada RM2.53 kepada RM2.57 seliter.

Sementara itu, diesel kekal RM2.32 seliter. 

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 18 Januari hingga 24 Januari 2018.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 6:44 PM